Thursday 17 May 2012

KERJA KURSUS GEOGRAFI (PERNIAGAAN RUNCIT-HASIL KAJIAN)

8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian
Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.
Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian
1) menyediakan peluang pekerjaan
- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga _____________ dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga.
2) meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk

- perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka.
3) memudahkan penduduk tempatan membeli barangan

- pasar minggu ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke pusat membeli belah.
- dapat menjimatkan masa dan kos penduduk.
4) membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan

- pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain.
5) menyediakan barangan segar

- pasar minggu ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.



8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian
1) Governan
-
Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan.
2) Modal
- pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar minggu ini.
3) Infrastruktur- Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
4) Pertambahan penduduk
- kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.
- penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini.
5) Darjah ketersampaian
-
lokasi pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar johor bahru dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.
6) Kesesuaian waktu berniaga- pasar minggu ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu (hari cuti) iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang.


8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti.
1. Masalah sosial
- pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan.
- pelanggan yang mencuri barang perniagaan.
2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
- Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.
3. Pencemaran
- kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap.
4. Kesesakan lalu lintas
-
masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.
5. Harga tanpa kawalan
-
kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.
6. Barangan tidak berkualiti

- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.
- jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.



8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian
1. Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga.
2. Pengawalan harga

- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.
3. Kempen kesedaran
- boleh gunakan risalah – tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.
4. Menyediakan kemudahan asas

- pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.

KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3


Ekosistem Hutan Terganggu PMR Geografi 2012

Konsep Ekosistem
Menurut Wikipedia, Ekosistem merupakan interaksi dan hubung kait antara benda hidup ( biotik ) dengan benda bukan hidup ( Abiotik ) dalam alam semula jadi. Komponen biotik termasuklah semua jenis makhluk yang hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. Manakala komponen abiotik meliputi komponen tidak hidup seperti tanah, air, angin udara, cahaya matahari dan sebagainya
       Ekosistem hutan adalah hubugan antara kumpula beberapa populasi samada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah dan terletak pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem.
       Ekosistem hutan terganggu berlaku apabila manusia meneroka kawasan hutan untuk tujuan pembangunan dan kelangsungan hidup.

Keseimbangan Ekosistem

Antara sifat semulajadi sesebuah ekosistem ialah mempunyai keupayaan pemulihan kendiri (self regulation) untuk sentiasa mencapai tahap kesimbangan. Keseimbangan ekosistem penting untuk kestabilannya berkekalan. Sebuah ekosistem yang tidak seimbang akan menimbulkan masalah. Cth ekosistem sungai yang mengalami gangguan akan menyebabkan banjir atau kemarau.

Keseimbangan yang ingin dicapai dalam ekosistem ialah “keseimbangan dinamik” iaitu keseimbangan yang sentiasa berubah-ubah mengikut gangguan yang berlaku dalam sesebuah ekosistem. Contoh dalam ekosistem hutan banjir dan kemarau mempengaruhi populasi pengeluar dan pengguna.

Keseimbangan sesebuah ekosistem dicapai apabila input tenaga dan bahan yang masuk ke dalam ekosistem tersebut sama dengan output tenaga dan bahan yang keluar dari ekosistem tersebut.

Mengikut teori ekosistem terdapat kecenderungan bagi sesebuah ekosistem berkembang ke arah suatu keadaan yang stabil dan mantap supaya menjadi sebuah ekosistem yang matang.

Proses menuju ke arah kestabilan dan kemantapan ini dinamakan sebagai sesaran. Apabila keadaan stabil dicapai makan tenaga dan bahan yang ada di dalam sebuah ekosistem digunakan dengan cekap dan optimum.

FUNGSI EKOSISTEM
a) aliran tenaga
Hubungan dan interaksi antara organisma dalam sesuatu ekosistem membolehkan aliran tenaga berlaku apabila proses makan dimakan berlaku. Aliran ini membolehkan sesuatu ekosistem dikekalkan.
b) kitaran nutrein
Sesebuah ekosistem menyediakan tapak untuk melengkapkan kitaran nurien melalui interaksi antara komponen biotik dan abiotik. Kitaran ini boleh berlaku di dalam sesebuah ekosistem (intra-ekosistem) dan di antara beberapa ekosistem.( inter-ekosistem)
KEPENTINGAN EKOSISTEM HUTAN DI KAWASAN KAJIAN
Kepentingan ekosistem hutan di ……………………………….., Johor Bahru ialah seperti berikut :
a)Pembalakan
Ekosistem hutan membekalkan pelbagai jenis pokok balak yang boleh menggalakkan pembalakan. (ekosistem daratan)
b) Hasil hutan
Ekosistem daratan terutamanya hutan-hutan boleh menggalakkan pengumpulan hasil hutan seperti rotan hutan .
c) Perubatan
Ekosistem daratan seperti di hutan ada herba-herba seperti tongkat ali dan kacip fatima yang ada nilai perubatan. Di ekosistem lautan pula terdapat gamat dan spirulina yang ada nilai perubatan.
d) Pelancongan/ Ekopelancongan
Keunikan dan kepelbagaian biologi di ekosistem daratan dan ekosistem lautan penting untuk sektor pelancongan dan rekreasi.
e) perikanan/ akuakultur
Ekosistem lautan boleh dibangunkan untuk perikanan dengan hasil-hasil marin yang banyak. Disamping boleh dibangunkan untuk akuakultur seperti penternakan ikan dalam sangkar di kawasan kukup.
f)       Habitai Flora dan Fauna
Melalui pemerhatian, saya mendapati hutan di kawasan kajian saya menjadi habitat atau tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar seperti burung, ular, ulat beluncas dan lain-lain. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan kajian menjadi sumber makanan haiwan-haiwan tersebut.

g)      Menyederhanakan Suhu
Melalui pemerhatian saya, kepentingan ekosistem hutan belukar kepada penduduk kawasan kajian ialah hutan dapat menyederhanakan suhu melalui proses pernafasan dan fotosintesis. Oleh itu, kita mesti mengekalkan sumber hutan semulajadi supaya dapat mengekalkan kelembapan udara.

h)     Membekalkan Oksigen
Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya dapati di kawasan ini terdapat banyak pokok yang tumbuh seperti senduduk, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya. Tumbuhan ini akan dapat membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis. Saya amat mengharapkan agar tumbuhan ini akan dibiarkan kekal di sini.


FAKTOR YANG MENYEBABKAN EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU
a)      pertanian
Aktiviti pertanian seperti pembajaan dan penyemburan racun serangga akan mengganggu kandungan asid atau alkali dan nutrien tanah. Ini akan mengganggu keseimbangan dalam sesuatu ekosistem.

b) penyahutanan
Aktiviti penyahutanan seperti pembalakan, pembukaan tanah untuk pertanian, urbanisasi akan mengganggu sesuatu ekosistem kerana habitat organisma hidup musnah dan penyesuaian semula perlu dibuat oleh organisma.

c) perlombongan
Perlombongan pasir misalnya akan menngganggu keseimbangan pantai yang seterusnya akan memberi kesan kepada habitat marin di tepi pantai dan dalam lautan.

) pelancongan
Pencemaran yang dilakukan oleh pelancong semasa melancong seperti membuang sampah merata-rata,membuat ungun api akan mengganggu habitat dan kehidupan organisma dalam sesuatu ekosistem.

e) Industri
Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai atau tasik akan mencemarkan air dan seterusnya mengganggu hidupan akuatik. Pembebasan asap-asap yang bertoksik seperti sulfur dioksida dan nitogen dioksdia boleh menyebabkan hujan asid yang seterusnya mengganggu ekosisitem hutan.

f)        Pembinaan Petempatan
Melalui pemerhatian, kawasan hutan di kawasan kajian saya telah dimusnahkan     kerana terdapat pembinaan rumah kediaman. Peningkatan permintaan rumah menyebabkan hutan dimusnahkan. Ini menyebabkan ekosistem hutan semakin pupus.

g)      Pembinaan Jalan Raya
Pembinaan jalan raya merupakan satu faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian. Melalui pemerhatian saya, pembinaan jalan    raya menggunakan jentera-jentera berat seperti jentolak telah digunakan untuk            membersihkan kawasan tersebut. Pelbagai spesies tumbuhan seperti lalang dan        pokok renek ditebang dan dibersihkan. Hidupan di huatn itu seperti tupai,      musang, biawak dan burung semakin berkurang dan ada yang berpindah ke          kawasan perumahan berhampiran. Keadaan ini kadang kala menyukarkan      penduduk di situ.

KESAN KEMUSNAHAN EKOSISTEM HUTAN
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
1.      Gangguan terhadap kepelbagaian biologi- spesies flora dan fauna diancam kepupusan sehingga ada antaranya tidak sempat dijalankan pemuliharaan. Contoh: hutan hujan amazon seluas 0.5 bilion hektar mempunyai berjuta spesies haiwan dan tumbuhan yang sekarang sudah terancam.

2.      Habitat semula jadi musnah- apabila habitat musnah haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru

3.      Kerosakan ekosistem – kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga dan lain-lain. komponen biotik dan abiotik musnah menyebabkan gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku.
Kesan terhadap cuaca-
1.      kemusnahan hutan boleh mengubah cuaca dunia. hutan berfungsi menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen dan ini juga boleh mengurangkan kesan rumah hijau. Kemusnahan hutan menyebabkan pelepasan karbon dioksida akan terus berlaku sehingga menyumbang kepada pemanasan global. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan suhu.

2.      Pengurangan kelembapan udara- ini terjadi kerana fungsi tumbuhan untuk membebaskan wap-wap air telah hilang ini menyebabkan wap air dalam udara berkurangan. Dalam suasana udara kering memudahkan lagi. wujudnya partikel terampai dalam udara yang secara langsung memudah terjadinya fenomena jerebu. Tiupan angin yang lebih kencang- angin kering menyebabkan tekanan udara rendah ini menambahkan halaju angin, dengan ketiadaan tumbuhan sebagai penghalang menyebabkan tiupan angin lebih kencang.
Kesan terhadap hidrologi-
1.      Ketiadaan tumbuhan menyebabkan kadar susupan air ke dalam tanah berkurangan, menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air ke dalam sungai atau tasik. Di samping mengurangkan jumlah hujan tempatan kerana kurangnya proses transpirasi. Juga meningkatkan kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai
Kesan terhadap manusia
1.      Kekurangan sumber makanan- Banyak spesies tumbuhan hutan sebagai sumber makanan. Kesan utama kepada masyarakat orang asli yang banyak bergantung sumber makanan dari memungut hasil hutan dan memburu binatang.

2.      Mengurangkan sumber kayu balak- pokok-pokok balak yang berharga seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan lain-lain akan musnah. Ini akan mengganggu aktiviti ekonomi berasaskan sumber pembalakan industri perabot, industri kayu dan lain-lain, ini menjejaskan pendapatan penduduk dan negara.


3.      Mengurangkan bekalan oksigen- untuk keperluan pernafasan kepada benda hidup.

4.      Menjejaskan sumber air- simpanan air dalam tanah akan berkurangan yang akan mengurangkan bekalan air kepada sungai dan empangan. Kesannya manusia juga akan mengalami krisis bekalan air.


CADANGAN MENGATASI MASALAH EKOSISTEM HUTAN
a) langkah perundangan
Menguatkuasakan akta alam sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar misalnya untuk mengawal pencemaran udara dan air .

b) kempen
Mengadakan lebih banyak kempen kesedaran untuk menyeru orang ramai bersama menjaga alam sekitar misalnya melalui kempen cintailah sungai kita, kempen berkongsi kereta.

c) pendidikan
Mendidik generasi muda untuk menjaga kualiti alam sekitar melalui matapelajaran seperti sivik, geogafi, pendidikan moral.Di samping itu , adakan aktiviti-aktiviti ” go green” melalui persatuan atau kelab alam sekitar yang melibatkan murid dengan ekosistem secara langsung.

d) hutan simpan/ taman negara
Mewartakan lebih banyak hutan simpan untuk melindungi hutan dan hidupan liar dalam sesuatu ekosistem contohnya Taman Negara Endau- Rompin.

e) pengurusan/ pengawalaseliaan
Memantapkan lagi pengurusan dan pengawalseliaan terhadap hidupan liar. Misalnya
Perlindungan orang utan di hutan Sepilok Sandakan, Sabah. Projek penetasan dan pemeliharaan penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.